pagi ni konon aku nak kemas laa beg aku sebab macam dah ade satu negara lain dalam beg tu. punyalaa banyak sampah-sarap barang dalam tu. banyak kali dah panic attack sebab xjumpa hp aku dalam lautan sampah-sarap barang-barang tu . haha. so, tadi aku pon tonggeng laa segala apa yang ada dalam beg tu.
patut laa macam nak patah bahu aku mengangkut beg ni hari2. dah macam orang meniaga dah banyaknye syiling aku ni. dari mana datang syiling satu sen tu pon aku xtaulaa. haha
kalo kitar semula semua resit dalam beg aku ni, dah boleh dpt sebatang pokok agaknya. wawa.
tiket2 wayang ntah zaman bila. silap2 tiket filem AWAS KRU pon ade
dalam beg aku ni. haha.
ni kalender Adnan Sempit yang abg panggung wayang bg kat aku. punyala banyak. tapi, sampai hari ni, aku xtgk lagi Adnan Sempit. haha.
p/s: lepas kemas2, aku ambil balik semua resit2 yang aku dah masuk dalam plastik konon nak buang, letak balik dalam purse aku. haha.
salah laaa. kalo ikut my 20years plan,aku kena ade keja sebelum umur 24tahun. haha. tapi, esok nak pegi melaka. plus, plans are meant to be broken kan? haha.
pastu, aku cakap kat mak 'mak, orang xnak pegi' 'nape?' 'abes tu, bday orang cane?' 'celebrate kat sana je laa'.
well. whattodo. haha. cuma perlu bersyukur ke hadrat Ilahi masih dapat menyambut hari lahir yang ke 24.
kat kucing parsi muka penyet kat kedai haiwan kat andalas yang berharga seribu sembilan ratus ringgit, tapi sebab aku selalu datang uncle tu bagi seribu enam ratus ringgit. mesti sbb die bosan aku asyik datang je, haha. kenapa ko mahal sangat wahai cinta??
sempena bday aku yang cuma di hujung simpang tu je, boleh x korang berganding bahu belikan aku kucing tu???????? haha. comel weh. seriusssss!!!
cinta lebih kurang mcm ni, tapi bulu die lighter than this one.
tghari ni aku masak kailan ikan masin dgn masak lemak telur (asyik2 masak lemak telur, haha)tapi, aku xmakan pon, aku masak mee sedap utk aku. haha. ape kejadahnye?
membeli belah barang tak penting, balik rumah kena marah. haha.
kelmarin mak suh teman kak yong pegi batu pahat sebab boss die kawin, semua kawan die xjadi pegi last minute (biaselaa tu).
aku pon letak la syarat, kalo nak suh aku teman, aku nak pegi jumpa anie dgn kak shikin, mak pon bagi jelaa sbb dah malas nak layan aku. haha. so, aku terus call anie dan msg kak shikin.
dua2 pon xyakin yang aku nak dtg esoknya. muka aku ni, ade muka suka menipu ke? (jangan jawab!haha).
dah sampai batu pahat esoknya, kak shikin dtg ambik aku dgn husband die, siap perkenal kan kat husband die 'ni laa bang, pengapit tak setia tu' haha. ampun2. dorang pon bawak pegi umah kenduri. makan sedikit sebanyak, terus pegi ambik anie. hehe. kakak aku kena tinggal kat umah kenduri, kalo x kena pecat. haha.
lepak2 umah kak shikin, gosip sebakul dua dengan anie, aku pon gerak balik laa petang tu berbekalkan janji pada kak shikin dgn anie yang aku akan dtg lagi bila2. haha.
okla, aku dah boleh padamkan 'pegi melawat anie di batu pahat' dalam my things-to-do list in 2010.
hehe.
p/s: begedil kat bawah ni aku xjadi buat sbb aku pegi menonton 'Old Dogs'. haha.
tetiba teringin nak makan begedil, walaupon br buat minggu lepas. they dun say i gile begedil for nothing kan?. haha. xpe2. nak buat laa hari ni. sementara masih rajin. projek marble cheesecake masih tertangguh. cream cheese yang dah beli minggu lepas pon masih terletak cantik dan beku dalam peti ais. haha.
mak baru balik langkawi, banyak gile DAIM!! i loikee. hehe.
akhirnya, aku berjaya gak lipat kain yang menggunung tinggi tu. it took me 3 hours!! haih. that is exactly why i hate folding baju, it took me forever. tapi baju tadi memang sangat banyak. haha. lepas aktiviti melipat2, susun plak masuk almari setiap manusia yang ade dalam rumah ni. sangat leceh dan bosan.
tapi lagi bosan kalo situasi ini berlaku..
shima, kamu ade nampak tudung mak yang warna hitam, yang mak selalu pakai dgn baju ni?
shima, ko ade nampak tak shawl kite?
kak ngah, mana baju kite yang ade gambar monyet tu?
semalam aku pegi sunway pyramid konon nak main boling. dengan perut lapar malas nak masak memandangkan bunda dan adik beradik tercinta semua ke langkawi. aku pon memenuhi la undangan 'bekas' rakan2 sekelas nak bercanda di SP. haha.
sampai dlm 2.30 pm, cari parking xlama sgt. adela dalam 45 minit. ciss. dlm hati mmg berniat nak berambus balik je. haha. tp, tabahkan hati carik jugak. akhirnya pencarian membuahkan hasil. haih.
makan2 dulu kat pizza hut, mak lapar gile nyah! servis plak lambat gile sbb ramai plak manusia nak makan pizza semalam.
lepas semayang asar, pegi tapak boling. ramai plak manusia yang nak main boling jugak. sbb waiting list dah panjang macam nama orang yg tak bayar PTPTN, mereka pun pergi dari situ dgn hampa. (aku suka sedikit, sbb aku xtau main, haha).
wandering serba sedikit, aku mula dah ajak balik. mereka jeling aku macam nak makan. dah tu, nak buat ape ni? kucing aku dah la tinggal umah sorang2. haha. aku ajak teman cari hadiah elin, dorang cakap aku membosankan. haha. cisss.
so, pegila menonton 'paranormal activity' memandangkan review yang melambung2 dari abg lan. tiket pkol 7.20 pm. sempatla semayang maghrib dl. jumpa shark dan daus tengah berjalan berpegangan tangan (aku tipuuuu). aku suh dorang join gak tgk movie. dorang pon dgn berbekalkan keyakinan bahawa cerita ni best, pegila beli tiket.
masuk2 cite dah start, tapi aku xkesah sbb aku dh semayang. haha. mula2 aku yakin je tgk. agak bosan permulaan cerita. aku dah mula ajak keluar. mereka jeling aku lagi. bermulanya adegan yang 'menyeramkan', ade orang baling popcorn kat aku dgn attempt nak menakutkan aku. aku syak shark. tapi, aku rase abg lan. haha. aku jerit la sedikit sebanyak. last2 bila part seram, aku pandang muka abg lan je, xpon aku bukak spek. (ape jadahnye kan? haha). keluar2 dari panggung, habis aku di maki hamun berbakul2 oleh mereka. mereka kata aku xreti pilih movie. bukan salah aku kan?? haha.
masa nak balik umah, dorang menakut2kan aku sebab aku tinggal sorang kat umah. terus aku msg niza dgn nada cemas. "ko kena datang tido umah aku gak malam ni!" niza reply "ye, tapi aku lambat sikit". xpe2 aku masih tenang. haha.
aku sampai umah dekat pkol 11, hujan lebat. kain semua basah. 4 kali mesin tu oi!! haih. aku keluar kereta, si kucing dah mengiau2. rasa berdosa tinggalkan die lama2. haha. aku ingat nak mandi manda sebelum niza sampai. aku bukak pintu bilik bawah nak ambik tuala. bunyi berkeriuk pintu tu buat aku menjerit. aku msg dayah, "meremang weh bunyi pintu berkeriuk" die reply dgn penuh rasa benci "ko sorang je la yang rasa seram!" sungguh biadap. haha. aku yakinkan diri gak mandi. sambil asyik melihat2 keliling. haha.
dah siap mandi semua, aku dgr ade org berbisik2 kat belakang. dgn yakin aku pegi cek, bulu roma semua dah berdiri tegak ni. haih. kalo aku heart attack ni, xtaula. aku pegi belakang. xde pape plak. cepat2 aku pegi depan bukak TV sambil berdoa2 supaya niza cepat smpai. haha.
niza pon sampai. aku pon tenang. niza tertidur sambil aku melipat2 kain. sian die. dahla penat baru balik kelas. hehe. niza, aku memang sayang ko lebih laaa. haha.
nah layan trailer. aku tutup sound masa tgk ni. haha.