Sunday, December 26, 2010

Teh ke kopi?

Aku tgh bungkus makanan td, pastu makcik aku suh buat kopi. Aku pon cakap la dgn adik aku, dgn lontaran suara yg agak kuat.

"Masak air teh jap Ana, nak buat air kopi!"

Serentak semua yg ade kat dapur tu gelak, aku pon pelikla. Aku ckp salah ke?

Pastu, cousin aku ckp, "xpayah masak air teh nak buat kopi, guna air biasa pon boleh".

Haha. Malu akak!

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 25, 2010

Nasib si buah.

Ade manusia keji gigit buah pic yang kasihan ini.

Haha. Nak rasa je kot.

Eh, ni bukan epal, letak baliklah, bukan ade org nampak.

Haha, pandai je reka dialog sendiri. Terlalu byk role play sejak dua menjak ni. :p
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 24, 2010

Jantung gugur!

Korang cuba imagine situasi ni.

*cepatlah imagine* haha. Situasi pon xbg, nak imagine ape gile!

Korang tgh stuck kat jem dpn HeiTech Village sementara nak tggu turun Kesas.

Sedang korang membelek2 gambar kawan2 yang korang tangkap masa makan kat Flaming Steamboat, sambil tersenyum sorg2 sbb teringat lawak bodoh yg kwn korg cakap masa makan.

Tiba-tiba, korang terdengar ade org macam jerit2 panggil korg, korg pon toleh dgn yakin.

Tapi, bukan kawan korg yg melambai dgn mesra, ade makhluk kat bawah ni melambai2 dgn semangat.

Berbakul jugakla kata cacian yang dikeluarkan.

Kepada kereta Gen2 kelabu yg hampir menggugurkan jantung aku smlm, terima kasih lah di ucapkan!

Haha, nasib baik Scary Movie pny topeng yg ko pakai, kalau Saw punya, confirm aku dah nangis.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 22, 2010

Motifff sangat??

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 19, 2010

~cuteness!

Strawberi pon ade kembar siamm!! How cute! :)

wehuuu

Testing! Testing! Texting! :D

Tuesday, November 16, 2010

~Wanie's wedding cake!

Ahhhh. Skang dah pukul 2.30 pagi, aku xtido lagi sebab tgh tggu kek dalam oven.
Aih, biaselaa, keja menangguh je.


Sementara menunggu tu, bolehla cerita kejap perihal kek kawin Wanie.



Wanie nak design ala-ala macam ni. Tapi kan, aku budak baru belajar,
xtercapai akal aku nak buat mcm ni lagi. Haha.


Wanie nak 4 tingkat, aku kate 3 tingkat dah laa Wanie. Ehhh, sape yang nak kawin ni?
Motiff sgt tau aku yg mendecide kek kawin die brp tingkat. Haha.

Tapi, Wanie redha je. Pastu, lepas dah buat2 semua kek tu, aku rase tambah je laa
lagi 1 tingkat. Apedehal kan. Kalau collapse kek nye, terjun bangunan jela kan. Haha.

So, selepas go through beberapa contoh kek kawin, Wanie pon pilih design macam ni. Yang aku rasa do-able dan Wanie rase present-able. (Motiffff? haha)

Tadaaaaa!! Haha. After many sleepless night and suffering from severe sleep depreviation, maka terhasil lah kek ni. Atas bantuan dan sokongan daripada mia familia. Wuhuuuuu!!

Paan! pinjam gambar bukti ye?? Tengkiuuuuu. :)

Munchos gracias ye Wanie memberi kepercayaan kepada aku.

Gambar kek diatas adalah drpd MadAboutCakes. :)

Tuesday, November 9, 2010

~mess.messy.messi?

'My hair is a mess, my house is a mess, my life is a mess'






As for my hair, I just bought new conditioner, hope it works!

As for my house, cepatlah sesi cat mengecat ni abes, poning den!

As for my life, I don't know what I want. Hahaha

Saturday, October 30, 2010

~ Takers


Aku dah tengok semalam.
Best!!
Cannot help myself from rooting for all the takers. Siap boleh nak menangis mase AJ mati.
Oppsss, terspoil plak. Haha.


p/s: Kalau aku keliru nak tgk wayang mane, aku selalu tny kat pekerja kaunter tu. Tapi, aku masih berdendam pada yang suruh tengok 'Christmas Carol' tu. Grrr.


Tuesday, October 19, 2010

:'(







when I first saw this ad, I suddenly remember how I miss Penki.

I reaalllyy should go see psychiatrist or something.



video

Penki, I miss you lahhh. :'(

p/s: That video should be longer, but for some reason, hanya ni je yang dapat di upload. Dunno why. Sowii.

Ntahla ape point aku menangis lagi lepas baca nih. Dahla tu Shima oi!

Thursday, October 14, 2010

~my 10.10.10 experience


Pegi ke JB utk kenduri kawin Sheera, kawan seDiploma dan seIjazah aku.


Jauh jugak JB eh, haha.

Patutla dorg beria sgt nak bertolak pkol 6pagi, aku igt dorang nak mempermainkan aku. So, aku pon dgn niat xnak dipermainkan oleh mereka, keluar rumah pkol 6.45pagi.


Sampai JB dlm pkol 11.30 pagi, sesat larat adela 30 minit. So, dalam 12 lebih tu dah ade kat rumah Sheera. Rupanye, die pon baru lepas nikah. Die cakap kalau awal sket boleh tgk die nikah. Okla people, sila salahkan aku. :p


Makanan sedap, style macam pasar malam. Ade 5 jenis air, Bandung, Asam limau, Soya, Kartika dgn lagi 1 xingat. Dan, aku minum 3 jenis.

Yelaah, jauh2 datang xkan aku nak minum segelas je.


Pastu ade tau foo fah, panas2 lagi. Yummehhh.

Aku makan semangkuk je sbb dah kenyang.

Which is sangat rugiiiiiii, nak mintak tapau seganla plak. Haha.


Lepas kenduri, dorang ajak jalan ke Tebrau City, gaya macam kat Klang xde Jaya Jusco je.

Ishhhhhh. Nak xnak terpaksa la ikut. 1 lawan 3, mmg kompom i xmenang.


Gerak dari Jaya Jusco pkol 5 lebih, ttba mak call tny kat mana. Menggigil seluruh tubuhku, sebab janji dengan mak nak balik awal.

Tapi, makhluk2 gedik ni nak pegi Danga Bay la pulakkkkkkkkkkkk!!

So, gerak balik pukul 5.30 ptg, dengan harapan boleh smpai rumah pkol 9 selepas ditolak tambah masa ke toilet. Bak kata Syaarani, semua orang ade punggung subur (jijik pulak bila ditulis dalam perkataan).

Elok2 nak sampai Melaka, ttba jalan jem. Pheww, cepat2 aku suruh Daus ambik gambar nak send ke Kak Yong suh tunjuk kat mak. Kira macam penyelamat aku la. Bila mak tny, nape balik lambat sgt, aku ckpla jem kan.

Tak lama lepas tu, Syaarani dpt msg dr pakcik die cakap ade eksiden, 11 orang meninggal dunia. Terkejut la semua orang, cepat2 aku msg member2 aku yang ade potensi tengok Berita Utama. Dayah pon call xlama tu, cakap mmg eksiden 2 bas, 1 van dgn 3 kereta. Ahhh, sayu betul.

Dekat 3 jam duduk dalam jem, Nad smpai sakit2 pinggang, die pon mintak aku ganti memandangkan Syaarani tgh menahan nak pegi toilet. Haha.

Time sampai tempat eksiden tu, mmg menyayat hati betul. Divider jalan tu memang lunyai, nampakla bas terbalik semua. Pastu bahu jalan penuh orang, maybe keluarga mangsa kemalangan.

Sama-samalah kite doakan mereka yang terkorban.

Al-Fatihah.

ntah ape2 aku tulis, sbb nak cepat. Nak tgk Pucca! cuteeeeee.

Wednesday, September 15, 2010

Champion!

ayah mat kate orang Kati panggil dorang champion sbb naik motor ber-6, ber-7 sebenarnye. (haha. makcik2 aku baca ni mesti mengamuk ni)
aku tipuu jela. ber-6.
tapi, tetap xle lawann yang kat bawah ni..








jeng. jeng. jeng.











uncle yang cite pasal gambar ni, terus aku google.
aku suh Nana beat orang kat China ni suh naik 9 sembilan orang. serentak semua orang menjeling tajam ke arah aku. haha.
mak memain je uols! hahaha.
credit gambar: here

Thursday, August 12, 2010

Oppsss.. I did it again, and again.



aku pecahkan mug lagi.
bulan lepas pinggan. haih.
macam tangan aku nih xde ability utk memegang. haha.


tahun depan, confirm semua pinggan mangkuk mak aku tukar plastik punya. :p

Saturday, July 24, 2010

GCB.. what's ur G?

aku dah try dah GCB ni..
not really love at first bite for me, more like love at last bite. haha.


it was a GRILL-licious experience for me!


poyo ahh aku, frust sebenarnye ni. :(

Thursday, June 24, 2010

~Penjara Pudu

ok. jom cite pasal Penjara Pudu jap.

sebelum kite mula, korg kena tau aku sgt liat nak tgk berita, bukan sbb iklan KLMU tu. tp, sbb aku ade kuota utk melihat keganasan/kezaliman manusia skg ni.

my limit: hanya boleh terima 2 berita accident/bunuh/bunuh diri/ragut/rogol/culik je dalam satu hari. sbb aku manusia naif yg still want to see good in people.

2-3 hari lepas masa aku berpura2 tgk Berita Utama kat TV3 padahal aku tgh tgk Parenthood kat StarWorld, aku terdengarla berita pasal Penjara Pudu ni.

Penjara Pudu yg dah berusia lebih seratus tahun ni sedang dirobohkan utk di bina jalan.

_______________________________________________________________________
Masa aku darjah 6 dulu, lepas UPSR, aku pegi rombongan. tiap kali sekolah buat rombangan mesti aku nak pegi hatta ke mana pon. macam xpenah berjalan kata mak aku. haha. aku dah pg rombongan ke Melaka dekat 5 kali korg tau. hahaha.

So, ade skali aku pg Penjara Pudu.

Mula2 mak aku xbagi, yelaa time tu br darjah 6. tp, aku nak pg gak. So, mak aku pon sain la borang kebenaran.

Sampai2 je depan Penjara Pudu, aku dah serammmmmmmmmmmmmmmm.




Macam ni punya pintu, sape xseram oi! haha.

Luar pon dah seram mcmni, dalam apetah lagi. Pegawai penjara siap pesan jgn jalan sorg2,pegang tangan kawan setiap masa takut hilang kena sorok. Mak aih! Ade hantu tetek ke ape dlm ni. haha

So, masuk dalam tu, peg penjara tu tunjukla kawasan mandi dorg, siap open air! pastu, kitorg pg tgk bilik2 penjara. Die tunjukkan bilik Mona Fandey, Botak Chin adelah beberapa lg, aku xigt dah.

Biliknya sgtla kecik, tp disebabkan lambakan penjenayah, semua kena kongsi bilik. Kat dinding2 bilik tu penuhla lukisan la, tulisan la. Macam2. Graffiti xdelaa. Ade yang tulis 'Ampunkan aku'. Seram lagi skali.

Pastu, pg tempat hukuman sebat dijalankan. Siap ade video ok!bukan pakai patung, ni manusia btol yang menyebabkan aku trauma xle tido lena sgt seminggu. Punggung die sampai dah xde kulit!

Lepas tu, pegi kat tempat org yg kena hukum gantung. Dalam tempat tu, ade beberapa bilik yg menempatkan banduan akhir. Banduan akhir ni, banduan yang akan dihukum gantung. Drpd bilik2 ni boleh nampak area yang guna untuk hukum gantung.




Masa dalam bilik ni, semua org duduk membelakangi bilik banduan akhir tu.Lepas semua dah dduk, dorg pon tutup lampu. Gelap gelita!

Jantung aku dah dup dapp dupp dapp. Nak buat demo lg ke ape ni!

Pastu dorg pasang satu rakaman, mcm lakonan laa tp xde gambar, bunyi je. Siap bunyi derap kasut, bunyi banduan tu meraung, bunyi pintu sel ditutup semua ada. Meremang bulu roma mak, nyah!

Ade member aku siap menangis nak keluar, tp gelap gelita weh, mn nak carik pintu, kang meraba2 kang, terpegang menda lain, x ke haru?? huuu.

Lepas tu, peg penjara kasi la can sape2 nak tgk bilik gantung tu dekat2. Sori nyah, mak xpegi. Takutttt! haha.


Tu je kot. ade la lagi pg tempat lain, tp aku dah x igt sgt. haha. Otak aku suka erase memory yg menakutkan kadang2. :p


ehemmmm! kepada sesiapa yang ragu2 dengan aku.

nah! ini buktinya.. hahaha.



Beberapa fakta menarik ttg Penjara Pudu:

  1. Kalau banduan akhir tu org Islam, dorg akan dihukum gantung setiap hari Khamis.
  2. Penjara Pudu penah ade kena tawan dgn banduan gak, mcm dalam Prison Break tu.
  3. In June 2009, the government finally decided to destroy the complex by developing it in phases. When the MP for Bukit Bintang Fong Kui Lun (DAP) asked why the building is not being retained as part of Malaysia's heritage, Deputy Finance Minister Awang Adek Hussain (UMNO-BN) replied: "To our opinion, it's not something to be proud of."

yang ke 3 tu, aku ambik dr wikipedia. haihhh. ntahla, bg aku, Penjara Pudu ni satu warisan, sesuatu yg org nak dtg tgk, menarik pelancong. yela, bukan semua org nak tgk KLCC ke menara Kl ke.

Wednesday, June 9, 2010

~konvo day

ni masa konvo diploma dl. punya ramai sedara mara aku, kalo kenduri mmg xpayah ajak org surau dah. haha.


ni masa konvo degree baru2 ni.

Monday, June 7, 2010

~come, and meet my new nephew.

meet Ryyan Shakir, my new nephew..

pesanan sama seperti anak sedara yang lain.. panggil Kak Shima ye? haha.

Sunday, May 16, 2010

baby.. baby.. baby.. ohhhh!!!

dah terminat justin bieber!!
demmit!! hahaha.


p/s: padan muka aku, ejek lagi cousin2 aku!


Luda!!
when i was 13, i had my first love..


pp/s: ooohhh, kill me, kill me now!!

Friday, May 7, 2010

~kawan kawin kawan


finally, a married couple i know! hahaha.



siapa sangka,
mereka yang dahulu menjerit kepada sesama sendiri dari 5amal sampai ke 5ehsan,
akhirnya end up marrying each other..
oohhh, how cute, right??

~cake, cake and.. cake again!

someone from yong's office ordered a cake for mother's day.

sepanjang proses menyiapkan,
adela dalam 50 kali aku mengeluh dan rasa ingin flush kepala dalam toilet!

aku siap cakap dgn mak "mak, org xnak dah buat kek lepas ni, arghhhh!"
pastu mak cakap "kalau semua nya nak give up, ape benda pon xjadi laaa"

ohhhh snappp! haha. :p

so, berpegangkan sindiran mak yang maha pedas tu, aku siapkan gaklaa kek tu walaupon aku mengeluh 50 kali lagi lepas tu.


awww! siap ade reben.. walaupon senget benget. haha



p/s: Happy Mother's Day, mothers! :)

Saturday, April 24, 2010

~buttons anyone??

the consequences resulting from impulse buying (where brain is not involved :p) is ...

...
...
...
...
...


the purchase of unnecessary things (as in this case, buttons!)

but they are soo cutee, arent they? how can u resist? haha

haha, i seriously dont know where should i sew this buttons onto.
if mak finds out i bought these buttons without any purpose (which she will soon), i am quite sure that these buttons will end up on my baju raya.


haha. serve the impulse buyer in me right!

Wednesday, April 14, 2010

~movies!!

let's watch some movies, people!


You've got mail: Suka!!!

"Sometimes I wonder about my life. I lead a small life - well, valuable, but small - and sometimes I wonder, do I do it because I like it, or because I haven't been brave? So much of what I see reminds me of something I read in a book, when shouldn't it be the other way around? I don't really want an answer. I just want to send this cosmic question out into the void. So good night, dear void."
~Kathleen Kelly






When Harry met Sally: Terbaik dari ladang!!

"I love that you get cold when it's 71 degrees out. I love that it takes you an hour and a half to order a sandwich. I love that you get a little crinkle above your nose when you're looking at me like I'm nuts. I love that after I spend the day with you, I can still smell your perfume on my clothes. And I love that you are the last person I want to talk to before I go to sleep at night. And it's not because I'm lonely, and it's not because it's New Year's Eve. I came here tonight because when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible. "

~Harry Burns





Forget Paris: Very funny indeed!

Mickey: We were great in Paris.
Ellen: Forget Paris.
Mickey: Forget Paris? How do you forget the best week in your life?
Ellen: Maybe that's just all we were - just a great week.


p/s: I am no corny or jiwang, I am just suggesting great romantic movies for u to watch besides Titanic, haha.

crdt: here, here and here.

Wednesday, March 24, 2010

~the chicken story.

ayah nye! ayah nye!

apa yang awak menjerit2 xtentu hala ni mak nye? malu ke jiran2 la.
saya ni dahla ketua reban!

mahap la ayah nye, tapi saya excited benor ni, Tuhan dah makbulkan doa kite nak dapat anak kembar!

ye ke mak nye?? syukur laa. jomla mak nye kite balik tgk anak2 kite tu..

.

.

.

.

.

.

.



OOOOOOPPSSSSS!!!!!!




arggghhhh!! tidakkkkk! kauu kejaammmmm!!!



p/s: Sila salahkan Ana Shariffuddin yang telah menggoreng anak kembar itu ntuk sarapan. haha.


credit gambar:
sini, sini, sini, dan sini.

 
template by suckmylolly.com