Wednesday, March 17, 2010

~mari belajar memasak bersama Shima.

aku rajin hari ni, meh aku ajar korang memasak.
resepi ni aku baru blaja Isnin lepas, makcik aku ajar.

sangatt senang dan sedap! :)

korang memerlukan
2 biji tomato
1/2 biji bawang merah
3 biji telur
secubit garam
secubit lada sulah


tomato ni korang hiris2, pastu potong kecik2.
bawang tadi pon korang hiris2 gak.


masukkan semua bahan2 tadi dalam mangkuk.


pastu, kacaula kasik semua bahan2 tadi bercampur.

pastu, gorengla..
macam korang buat telur dadar.


ni la hasilnye, sori la hangit2.
ni la bahana nye memasak sambil mengemop lantai. haha.

sedap..
cuba la try test!
hahaha. :)

Wednesday, March 3, 2010

~i want one!!

perbualan antara anak perempuan kedua dan ibunya..


mak, jom pegi China? orang nak tengok panda. kat sana ade satu tempat boleh pegang panda.
buat ape kamu nak pegang panda? kang die gigit tangan kamu macammana?
ape mak ni? panda makan buluh je laa.
yela, deme mana tau buluh ke tangan, kang kalau die ingat tangan kamu tu buluh??







seriously people, dun you just want one??




credit gambar: sini, sini, sini, sini dan sini.

Sunday, February 28, 2010

~Selamat Datang ke Dunia..

Kak Hani, my cousin just gave birth to a beautiful and healthy baby boy
last week.

Welcome to this world, Haqan el Rayyan.. :)

Kak Hani, pinjam gambar. hehe.

Haqan, besar nanti panggil Kak Shima ye, bukan Wan Shima @ Aunty Shima @ Mak Ngah Shima, ye? ye? hahaha. :p

Tuesday, February 23, 2010

~not soooo cute!

aku baru belajar buat fondant xtahan tengok cupcakes yg cute2 kat blog orang.
ni kali ke2 aku try buat, yg 1st time xjadi sebab keras nak mamp. haha.

sila jangan gelak ye, haha.


please dun ever ask me what is this, because i honestly dont know. haha.
konon2 nak buat bear tapi...

ugly right?? i know! haha.

nape dalam youtube sangat senang dan comel?? haih.

polka dot! :p



p/s: akan mendaftar diri ke kelas decorating cupcakes bulan depan. serious! :)


okla, nak kena kemas meja yang macam baru lepas berperang dengan fondant. haha.





Tuesday, February 16, 2010

~in vitro fertilization..


Salam, ada satu artikel dalam majalah Solusi yang menarik perhatian aku. Tajuk artikel nye..
'Halal dan Haram Bayi Tabung Uji'.

Ada 7 teknik persenyawaan luar yang di terangkan dalam artikel ni.

Aku siap lukiskan orang lidi lagi utk korang for better understanding. haha. sila terharu cepat. :p

Cara Pertama



  1. Sperm dari suami di ambil dan di masukkan ke dalam isteri supaya boleh bergabung dengan ovum isteri supaya boleh berlaku persenyawaan secara semulajadi.
  2. Kaedah ini digunakan bila sperm dr suami xmampu nak berenang jauh utk bercantum dengan ovum.



    Cara Kedua


  1. Utk second method ni, sperm dan ovum daripada suami dan isteri di keluarkan dan disenyawakan di luar dengan kaedah persenyawaan beradas.

  2. Pastu, ovum yang telah di senyawakan tu, di masukkan balik dalam rahim isteri.



    Cara Ketiga


  1. Dalam method ke tiga ni, sperm dari lelaki lain akan digunakan utk disenyawakan dgn embrio sang isteri.
  2. Cara ni digunakan bila sang suami tidak mampu untuk menghasilkan sperm yang berkualiti.

Cara Keempat



  1. Sperm daripada sang suami diambil dan disenyawakan dengan ovum daripada perempuan lain yang bukan isterinya.

  2. Selepas proses persenyawaan dilakukan, benih tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim sang isteri.

  3. Kaedah ni digunakan bila sang isteri tak mampu untuk menghasilkan ovum yang berkualiti, tapi rahim nya mampu untuk mengandung janin tersebut.


Cara Kelima



  1. Sperm dari sperm donor di ambil dan disenyawakan dengan ovum dari perempuan lain selaku ovum donor.
  2. Kemudian, janin tersebut dimasukkan ke dalam rahim seorang wanita lain yang tiada kaitan dengan ovum donor dan sperm donor.
  3. Kaedah ini dilakukan apabila kedua-dua sang suami dan isteri tidak mampu utk menghasilkan ovum dan sperm yang sihat utk persenyawaan.

Cara Keenam






  1. Ovum daripada sang isteri akan disenyawakan dengan sperm daripada sang suami.

  2. Ovum yang telah disenyawakan akan ditempelkan pada rahim seorang wanita lain selaku ibu tumpang.

  3. Kaedah ini digunakan apabila sang isteri tidak mampu untuk mengandungkan janin atas sebab2 kesihatan.


Cara Ketujuh






  1. Dalam kaedah yang ke 7 ni, sperm dari sang suami dan ovum dari sang isteri akan disenyawakan secara in vitro.

  2. Kemudian, janin yang telah disenyawakan akan ditempelkan ke dalam rahim perempuan lain yang merupakan isteri yang lain, sama ada isteri ke dua atau seterusnya.

  3. Kaedah ini dilakukan bagi suami yang mengamalkan poligami.

  • Majoriti ulama telah memutuskan hanya cara pertama dan kedua sahaja yang dihalalkan dalam Islam.

  • Cara yang ketujuh pada awalnya dibenarkan, namun ada yang mengharamkan atas sebab tertentu.

  • Empat cara lain adalah diharamkan oleh syarak secara jelas kerana salah satu atau kedua-dua benih bukan berasal daripada pasangan suami isteri yang sah.

Lepas baca artikel ni, barula segala persoalan terjawab. So, get a copy of ur Solusi sekarang. No wonderla mak asyik beli je, aku je yang malas nak baca. huuuu.

Ada kuiz dalam Solusi ni, aku dapat dua je jawapan btol. Mak pon dpt banyak dari aku. Sungguh memalukan, huu. Nanti kalo aku rajin, aku akan try post soalan nye eh, tengok korang dapat berapa. hehe.

Ada orang susah nak dapat anak, ada orang boleh buang2 anak, siap sanggup bakar konon nak tutup malu.



Semua info diambil dari Majalah Solusi Isu No. 16

Thursday, February 11, 2010

~undangan majlis perkahwinan







kawan-kawan,
pack your bags because we are going to..
Yan, Kedah!!
haha.

Saturday, January 30, 2010

~beg itu sangat berat.


pagi ni konon aku nak kemas laa beg aku sebab macam dah ade satu negara lain dalam beg tu. punyalaa banyak sampah-sarap barang dalam tu. banyak kali dah panic attack sebab xjumpa hp aku dalam lautan sampah-sarap barang-barang tu . haha. so, tadi aku pon tonggeng laa segala apa yang ada dalam beg tu.

patut laa macam nak patah bahu aku mengangkut beg ni hari2. dah macam orang meniaga dah banyaknye syiling aku ni. dari mana datang syiling satu sen tu pon aku xtaulaa. haha

kalo kitar semula semua resit dalam beg aku ni, dah boleh dpt sebatang pokok agaknya. wawa.

tiket2 wayang ntah zaman bila. silap2 tiket filem AWAS KRU pon ade
dalam beg aku ni. haha.

ni kalender Adnan Sempit yang abg panggung wayang bg kat aku.
punyala banyak. tapi, sampai hari ni, aku xtgk lagi Adnan Sempit. haha.


p/s: lepas kemas2, aku ambil balik semua resit2 yang aku dah masuk dalam plastik konon nak buang, letak balik dalam purse aku. haha.
pp/s: okla. kena kemas beg nak pegi melaka. haha.

Friday, January 29, 2010

~hari, sila lambat datang.

pagi tadi pkol 6 lebih, si dayah hanif msg cakap 'happy bday'. aku reply. 'lagi 2 hari laa.' huhu.

pastu, aku bukak fb tadi petang. ade beberapa wish dr kawan2. siap ade yg cakap aku dah tua dan suruh pegi haji. uwaa.

pastu, kak yong balik bawak soto dgn.. 'nah, hadiah bday ko'. selipar zirafah, bukan giraffe shoes mcm yang razi uar-uarkan tu. haha.

yong tanya, 'ko xsuka ke?' 'suke.. tapi, bday kite lambat lagi'. die jawab 'ape salahnye?'

salah laaa. kalo ikut my 20years plan,aku kena ade keja sebelum umur 24tahun. haha. tapi, esok nak pegi melaka. plus, plans are meant to be broken kan? haha.

pastu, aku cakap kat mak 'mak, orang xnak pegi' 'nape?' 'abes tu, bday orang cane?' 'celebrate kat sana je laa'.

well. whattodo. haha. cuma perlu bersyukur ke hadrat Ilahi masih dapat menyambut hari lahir yang ke 24.

Tuesday, January 26, 2010

~tadaaa!!

ape yang sedang berlaku ni??

nape gambar dorang semua macam ni?

haih.



abaikan jaa di belakang. haha. fokus pada fikri huzaimi.

sekarang boleh fokus kat jaa. haha




?????

not wan ma too?

auntie sofiah pon gak ke?? tidaaakkk!!

__________________________________________________________

mungkin sebab dorang cuba nak cakap ni kot kat aku?? haha.

ke..
sebab dorg ni??




say.. gLee!!!

p/s: xmainlaa peace2 dah. haha.

semua gambar diambil guna kamera canggih kak yani. haha.

gambar2 pinjam dr sini, sini dan sini.

~soriii

sori kepada sesiapa yang terpaksa baca entri emo aku smlm.
aku dh buat draft pon sbb rasa malu dgn diri sendiri. gile emo! haha.
aku sebenarnya bukan xpuas hati dgn mak aku.
tu cite pasal orang lain sebenar nya. hehe.
ampun ye!


wani... ade je? haha.

 
template by suckmylolly.com